top of page

Sawadee ka THAILAND

  • Writer: asthurtravel
    asthurtravel
  • May 4, 2019
  • 1 min read

Pada akhir bulan November hingga awal Disember 2018, As-Thur Travel telah berpeluang membawa satu rombongan ke Thailand. Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas persiaran dan setelah sampai di border Thailand, kami dikehendaki turun dari bas untuk bertukar naik bas dari Thailand.


Antara tempat yang dikunjungi adalah di sekitar Bangkok, Aranyaprathet & Chumpon. Pakej 5 hari 4 malam ini sesungguhnya meninggalkan kenangan yang amat manis dalam ingatan kami semua.


Jom kita lihat gambar-gambar kenangan di Thailand!~^^


Pertukaran Bas di Sempadan Malaysia-Thai (Tak cukup peserta, ramai yang tak sempat masuk dalam gambar)


Kami solat subuh, bersiap dan sarapan di masjid ini sebelum meneruskan perjalanan jauh

The Central Islamic Council of Thailand

Bergambar kenangan di depan Songkhla Central Mosque

Masjid Bang Utis (Satu-satunya masjid lama di tengah bandar Bangkok yang mana ia masih utuh kekal sehingga ke hari ini sejak awal abad ke-20) (Lukisan di dinding masjid adalah seni ukir dari Turki)

Bangkok terkenal dengan seni bina bangunan yang unik


Kedai Kraftangan Floating Market Thailand

Floating Market Damnoen Saduak merupakan pasar terapung yang pertama dan tertua sekali wujud di Thailand

Baiyoke Sky Hotel, hotel tertinggi yang membolehkan pelancong melihat pemandangan keseluruhan Bandar Bangkok dari atas


Pemandangan Bandar Bangkok yang cantik dapat dilihat dari puncak Baiyoke Sky Hotel
Terdapat perkhidmatan urutan badan dan kaki di hotel ini yang sangat memberi kepuasan kepada kami

Alhamdulillah, kami berpeluang menikmati pemandangan seluruh Bandar Bangkok dari tingkat 84 Baiyoke Sky Hotel
Sunflower!!~ Cantik kan?? Musim sunflower ni ada dari Nov - Jan saja tau so jangan lepaskan peluang melawat tempat ini kalau ada masa terluang. Lokasinya adalah di Muak Lek, Saraburi

Kami berpeluang menaiki Bot Air, iaitu salah satu pengangkutan penting bagi penduduk di Bangkok untuk ke mana-mana dalam jangka masa yang cepat

Selain itu, kami juga berpeluang menaiki pengangkutan terkenal mereka yang dipanggil sebagai tut-tut

Selain itu, untuk trip Thailand kali ini, kami berpeluang menaiki cruise untuk menikmati suasana malam di Bandar Bangkok. Pengalaman menaiki cruise ini amatlah bermakna dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Peluang ini tidak mudah untuk kita dapat kerana kebanyakan pelancong yang menaiki cruise bukan pelancong dari Malaysia. Jadi, kami adalah satu dalam seribu pelancong yang berpeluang menikmati suasana sekitar Bangkok di atas cruise pada malam itu.


Semoga As-Thur Travel dapat kembali ke sini lagi bersama dengan anda yang lain.

 
 
 

Comments


Untitled design (2).png
As Thur Travel Sdn Bhd

1059456-V, KPK/LN 7683, MA4707

NO 3, JALAN LINDUNGAN JERAI,

TAMAN LINDUNGAN JERAI,

08300 GURUN,

KEDAH DARUL AMAN.

asthurtravelnow@gmail.com

013 - 435 5522 (Puan Latifah)

  • Facebook
  • Instagram
Perihal Kami

As-Thur Travel Sdn. Bhd. merupakan agensi pelancongan di Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan mempunyai Lesen IOT untuk Pelancongan Dalam Negeri, Pelancongan Luar Negara, dan Tempahan Tiket Penerbangan.

Diiktiraf oleh : 
Untitled design (3).png
Matta-logo-8AE90BBBFF-seeklogo.com.png
Tourism-malaysia-logo.gif

© 2023 As Thur Travel Sdn. Bhd.

Hubungi Kami

Thanks for submitting!

Bilangan Pengunjung

bottom of page